Automate your Marketing
with Womplify




 
nano's FotoPage

By: nano ketutu

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[Archive]
Saturday, 3-Jan-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark

 
 
 
View all 6 photos...
Ketutu, Soonhock, Marble goby, Haruan Bodoh, Belontok diantara nama panggilannya merupakan species terbesar dari kalangannya, isi yang sedap dan selalu dihidangkan di restoran-restoran.




Walaupun ikan ini adalah jenis pemangsa namun ia agak malas mengejar mangsanya.Kebiasaannya ikan ini hanya menunggu mangsa yang berada berdekatan persembunyiannya dan menyerang apabila mangsanya berada cukup dekat dengannya.



Warna dan corak di badannya menjadi samaran yang cukup baik untuk tujuan ini terutamanya di tebing sungai dan tebing berbatu.Ikan ini boleh didapati di tebing kolam tadahan bersembunyi di celah-celah batu ataupun di bawah jeti.Ia juga boleh ditemui di tebing sungai yang cetek berlindung di sebalik semak tinggi untuk keselamatan dan untuk menyerang mangsanya. Ikan ini lebih aktif di waktu malam dan berkemungkinan akan keluar dari persembunyian untuk mencari makanan. Kebiasannya ia memakan ikan-ikan kecil,udang dan cacing.



Sifatnya yang tamak menjadikan ianya mudah ditangkap jika lokasinya diketahui.Ia boleh ditangkap menggunakan perangkap,salah satu cara ialah dengan meletakkan sebatang paip dengan umpan di dalamnya.Ini akan mendorong ikan ini ke dalam paip itu.Ikan emas hidup adalah salah satu umpan yang berkesan. Penggunaan bubu juga merupakan antara cara yang selalu digunakan untuk menangkap ikan ini.

More Info masuk blog -->> http://k22-goby.blogspot.com/
Email-->>nanoketutu@gmail.com


[Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016 | Powered by Womplify

ns4008464.ip-198-27-69.net